INFO BOTOL SUSU
Pada 14 Mac lepas, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuat kuasa 1 Mac tahun depan sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol tersebut selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.
Kementerian telah berkongsi maklumat dengan orang awam melalui kenyataan akhbar, poster dan risalah di mana bimbingan diberi mengenai cara mengenal pasti botol susu polikarbonat dan cara penggunaannya yang betul mengikut saranan kementerian untuk mencegah risiko pindahan BPA kepada botol susu.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-888 33652/ 33653/ 33655 atau melayari laman web

http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
- Nombor 7
- Nombor 7 dan PC
- Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Pilihan adalah di tangan kita..jika kita menitikberatkan soal kesihatan dan masa depan anak kecil kita maka perlulah membuat pilihan bija..katakan"BPA FREE" untuk botol susu baby anda
Picture ini ambik kt pakcik google.tak dapat nak update lg picture botol susu yang ada di Fans Kids Collection,coz stok belum sampai..nanti dah sampai stok 2 kita up date terus eh..sabar,tunggu.So nanti dah sampai stok you all boleh la view and beli klu dah berkenan..Semoga sedikit info ini berguna untuk mama & papa yang ada baby menyusu botol.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment